Apr 7, 2011

Posted by admin in Semasa | 0 Comments

Ujian SEGAK 2011

Alhamdulillah..Ujian Segak 2011 telah berjaya dilaksanakan pada minggu ini iaitu pada 3 dan 7 April 2011.

Ujian Segak melibatkan semua pelajar tahap 2, tahun 4,5 dan 6. Semua pelajar telah memberikan kerjasama dan melibatkan diri dalam menjayakan ujian ini.

Antara jenis ujian yang dijalankan, adalah seperti, ujian antropometrik, naik turun bangku, tekan tubi, ringkuk tubi separa danĀ jangkauan melunjur.

Tujuan utama ujian ini dijalankan ialah untuk menilai tahap kecergasan pelajar SK Paya Resak seterusnya, mendedahkan mereka kepada cara hidup sihat.